Thursday, July 23, 2009

Daripada Saya Kepada Saya

Ingatlah engkau! Bahawa ghurur itu suatu sifat yang menipu pemiliknya. Suatu kebodohan yang membuat engkau menilai sesuatu yang jelik adalah baik dan kesalahan adalah kebenaran, sebagaimana orang kafir ditimpa ghurur lalu tertipu oleh dunia.
"Yang demikian itu, kerana kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula diberi kesempatan untuk bertaubat"(Al-Jatsiyah:35)
Tetapi! Janganlah engkau menyangka hanya mereka saja ditimpa ghurur, bahkan kita juga. Ulama, pendakwah, malah penuntut ilmu. Walaupun engkau menekuni ilmu, namun amal anggota badan tidak pula engkau awasi daripada maksiat. Bahkan, engkau tertipu dengan ilmu yang engkau ada dan menyangka mempunyai tempat di sisi Allah. Na'uzubillah.



Lalu jauhilah engkau daripada riya', dengki dan mencari populariti. Dan jangan pula engkau memperalatkan penampilan kealimanmu serta bermadah atas nama Tuhanmu sebagai topeng dirimu, sampaikan engkau terkena percikan riya. Ingatlah pesan Nabi bahawa:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat penampilan-penampilan dan harta benda kalian. Akan tetapi melihat hati dan amal kalian"

(Sahih, HR Muslim dan Ibn Majah dari sahabat Abu Hurairah r.a)
Kemudian, ada pula kelompok yang menekuni ilmu, membersihkan amal anggota badan lalu dihiasinya dengan ketaatan dan membersihkan hati daripada riya', hasad san sombong. Akan tetapi masih terselit sisa-sisa dihati mereka oleh tipu daya syaitan dan tipu daya dunia, sedangkan mereka tidak menyedarinya.



Bersenanglah hati engkau pabila manusia mendapat hidayah bukan melalui tangan engkau. Janganlah terdetik hati engkau dengan ketidaksenangan pabila manusia mendapat hidayah selain daripada tangan engkau. Hendaklah engkau ikhlas dalam menyampaikan ilmu, tidak kiralah sama ada ilmu dunia mahupun akhirat.

Kembali>>>

P.S: Khas untuk diri penulis dikala lupa. Dan juga kepada yang ingin mengambil iktibar.

0 comments:

 
Minima Glass Blogger Template by Competitions World | Originally Minima Template by Douglas Bowman