Thursday, August 6, 2009

Hanya Bersangka Dalam Beramal?

Tiba-tiba saya teringat akan cikgu yang saya amat kagumi iaitu Cikgu Marzuki b. Abdullah ketika di dalam tren. Lantas saya mengambil handphone dan mendail nombornya. Tet..tet..tet..tiba-tiba terdengar panggilan saya dijawab dan kedengaran suaranya.

"Assalamu'alaikum", salam diberi kepada saya.

Lantas saya menjawabnya,"Wa'alaikum salam cikgu, cikgu sihat?" tanya saya.

"Alhamdulillah, cikgu sihat. Oh, kamu rupanya", tanpa diperkenalkan diri saya sudah dapat diagak oleh beliau. Lalu kami terus berbual-bual bertukar fikiran.

Begitulah hubungan saya dengan beliau. Setiap minggu saya akan menelefonnya (jadi kenalah standby top up banyak-banyak, hehe). Walaupun sudah hampir 3 tahun meninggalkan sekolah di mana beliau mengajar dan di mana saya belajar di sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun saya bersekolah di sana, pada tahun terakhir persekolahan saya barulah beliau mula mengajar di sekolah saya. Perkenalan kami begitu singkat, hanya 1 tahun sahaja. Tetapi dalam masa yang singkat itulah dibukakannya mata saya seluas-luasnya hingga dirasakan begitu bermakna perkenalan itu.

Sampai sekarang saya masih ingat lagi sepotong ayat Al-Quran dan Hadith yang beliau sampaikan pada saya dan sering diulang-ulang olehnya.
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu serta Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu..."

(terjemahan Al-Maidah:3)

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara, dan sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku"

(HR Bukhari)
Walaupun 2 nas ini yang sering beliau ulang, tetapi begitu mendalam sekali kesannya pada saya. Alhamdulillah, telah dibukakan hati saya untuk mengkaji kembali kesahihan setiap amalan yang saya lakukan hatta solat sekalipun.

Ada 1 persoalan menarik minat saya untuk saya ajukan kepada anda pula. Apa agaknya reaksi anda apabila amalan yang anda amalkan sejak daripada lahir lagi sehinggalah sekarang kerana bagi menurut anda inilah amalan yang diamalkan oleh umat Islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. Malah memang tiada salah tentang amalan tersebut pada pandangan anda kerana itulah yang anda sendiri sudah sedia maklum tahu daripada mak ayah, masyarakat sekeliling malah daripada ustaz dan ustazah sama ada di sekolah mahu pun masjid, sehinggalah...

Datang 1 kelompok manusia lalu mendakwa bahawa amalan tersebut adalah karut semata-mata. Apakah perasaan anda? Sukarkan untuk menerima hakikat tersebut? Apa pula tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut dengan menyangka merekalah yang berada di pihak yang salah? Begitulah perasaan yang dirasakan oleh kaum terdahulu yang telah sesat sebagaimana firman Allah:
"...dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain Allah berkata: Tidaklah kami menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya..."

(terjemahan Az-Zumar:3)

"Lalu pergilah pemimpin-pemimpin mereka lalu berkata: Pergilah kamu dan tetaplah menyembah tuhan-tuhanmu, sesungguhnya inilah yang benar-benar dikehendaki "

(terjemahan Sod:6)

Kedua-dua ayat tersebut menjelaskan bagaimana golongan tersebut menyangka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh Allah. Tetapi sangkaan mereka itu salah! Bagaimana pula dengan perbuatan anda? Adakah perbuatan anda itu MEMANG benar ataupun anda MENYANGKA perbuatan itu benar? Berhati-hatilah dengan SANGKAAN...
"Sesungguhnya mereka hanya mengikuti prasangka. Dan sesungguhnya prasangka tidak berguna untuk mencapai kebenaran."
(terjemahan Yunus:36)
Diadaptasikan daripada mRbLiNc'S


1 comments:

Anonymous said...

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara, dan sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku"

Hadith ini bukan dari riwayat Al-Imam Al-Bukhari tetapi riwayat Al-Imam Malik bin Anas dalam kitabnya Al-Muwaththa'. Hadith ini di dalam Al-Muwaththa' adalah hadith yang mursal tetapi Al-Imam Al-Hakim meriwayatkan secara maushul dalam kitabnya Al-Mustadrak. Syeikh Al-Albani pada banyak tempat dalam kitab2 beliau menyatakan bahawa hadith ini derajatnya hasan.Bukti yang kuat bahawa hadith ini adalah hadith yang dapat dijadikan hujjah adalah kerana Al-Imam Malik tidak sekali-kali meriwayatkan sesuatu hadith kecuali dari perawi yang tsiqat[Rujuk hal ini dalam kitab As-Tsiqat li Ibnu Hibban].Al-Imam Malik bin Anas dalam Al-Muwaththa' menggunakan lafaz "balaghat" ketika meriwayatkan hadith ini, dan Al-Imam Ibnu Abdil Bar telah membahaskan dengan panjang lebar berkenaan lafaz ini dalam kitabnya at-Tamhid syarh kepada Al-Muwaththa' Al-Imam Malik. Selain itu matan hadith ini sepakat kata para muhaddithin merupakan matan yang sahih kerana pengertian kandungan matan ini juga telah pun dijelaskan dalam Kitabullah.

Wallahua'lam.

Sekadar sedikit komentar dari Bertam Jaya.Melaka.

 
Minima Glass Blogger Template by Competitions World | Originally Minima Template by Douglas Bowman