Tapi mari kita lihat dulu cara pelaksanaan hukuman yang kejam ini, yang belum lagi terlaksana tetapi sudah pun digeruni pelaksanaannya:
MANA SILAPNYA?Jadi, disebalik hukuman fizikal yang kejam ini besar kemungkinan anda telah pun memahami bahawa hudud AMAT SUSAH untuk dijalankan terhadap individu. Cuma disebabkan dakyah-dakyah sebegini
"Eh, ramai lagi orang yang minum arak. Kenapa tak jalankan hudud ke atas mereka?"
"Habislah, penatlah tukang sebat nak menyebat. Berderet nanti yang nak dihadapkan ke muka pengadilan"
"Gila ke? Gelaplah masa depan Si Pencuri, nak cari kerja payahlah nanti. Tengok 'pengenalannya' sahaja sudah diketahui dia tak boleh dipercayai"
Ada pihak-pihak yang kurang memahami hudud
Mentah-mentah ditolaknya. Mereka berpendapat negara akan mengamalkan sistem syariah yang menggerunkan. Tak kurang pula berpendapat apabila dibongkarnya 'cerita-cerita dulu', kebanyakan rakyatnya nanti atau 'barisannya' akan berjalan ke sana sini tanpa tangan dan badan yang berbelang-belang.
Ada juga pihak-pihak yang kurang memahami hudud.
Tetapi mereka beria-ria hendak hudud dilaksanakan. Bagi mereka, negara Islam mestilah menjalankan syariat Islam iaitu negara yang tugasnya adalah menebas tangan serta menyebat penzina dan peminum arak. Tindakan seperti inilah yang akan memberi gambaran buruk terhadap pihak yang kurang memahami. Sekiranya kita mahu mencegah maksiat dan kemungkaran ikutilah apa yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Jangan kita mempersoalkan keberkesanan dan logiknya kerana kita sendiri sama seperti yang menolak hukum Allah.
Akhirnya hudud yang sebenarnya sejak dari dulu lagi sudah lama dipersoal dan diperbahaskan dijadikan isu untuk menghentam dan mengkritik. Lebih malang lagi hingga sampai ke tahap musuh-bermusuhan dan kafir-mengkafirkan antara umat yang sudah sedia berpecah ini.
Janganlah kita begitu cepat membuat keputusan terhadap kedudukan seseorang itu di akhirat nanti. Kita hanya boleh menilai ini perbuatan dosa, ini perbuatan pahala. Orang ini menzahirkan maksiat, orang ini menzahirkan ibadat. Orang ini menjalankan hukum Allah, orang ini menolak hukum Allah. Cukup sekadar itu sahaja penilaian kita. Tak lebih daripada itu.
Walaupun perbuatan-perbuatan mereka itu boleh diumpamakan seperti mana sifat-sifat orang kafir dan munafiq yang disebutkan Allah dan Rasul-Nya, namun untuk kita menjustifikasikan kedudukan seseorang itu di akhirat seperti
"Oh, dia masuk neraka kerana perbuatannya itu"
"Oh, dia masuk syurga dengan amalannya itu"
Itu bukan urusan kita untuk menetukan. Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang berhak. Siapalah kita untuk menentukan.
TAHU PULA KITA HENDAK MENJATUHKAN HUKUMAN SEKEJAM-KEJAMNYA TERHADA PESALAH LAKU APABILA...Nasib seorang isteri dihentak kepalanya dengan bata dan dicederakan dengan pisau oleh suaminya yang mabuk
klik siniAdik iparnya yang mabuk membunuh suaminya dan menyebabkan si isteri terpaksa menyara tiga orang anaknya
klik siniKebinatangan seorang bapa menjadikan keempat-empat anaknya sebagai pemuas nafsu sejak 16 tahun yang lalu!
klik siniSeorang bapa tiri merogol seorang remaja berusia 15 tahun. Lebih malang lagi mangsa ditikam dan disimbah asid.
klik siniKesemua mangsa tersebut adalah wanita
Wanita menjadi mangsa lelaki yang mabuk dan bernafsu binatang
Wanita mahukan keadilan sewajarnya, setaraf dengan kesalahan yang dilakukan dengan hukuman yang dijatuhkan. Bukan hukuman konvensional yang berbentuk hukuman penjara dan denda ribuan ringgit terhadap pesalah laku seperti mana yang dijalankan di negara kita
Bukankah wanita mahukan pembelaan dan keadilan dalam segala hal? Memperjuangkan kesamarataan, kedudukan, kelebihan dan kemuliaan wanita Muslim dalam segala apa yang lelaki dominasi berkurun dulu?
Malah ada sampai mempersoalkan keprejudisan mereka terhadap tafsir Al-Quran dan hadith kerana yang ahli-ahli dalam kedua-duanya semuanya lelaki.
Apabila ada wanita yang mempunyai kesedaran yang cukup tinggi dan mahu dijalankan hukuman kejam ini kepadanya secara sukarela serta dijadikan contoh kepada masyarakat, ramai yang mempersoalkan.
Hairannya, kini mana perginya keadilan yang diperjuangkan itu?
HIKMAH DI SEBALIK HUKUMAN KEJAM INIHudud ialah hukuman yang telah ditetapkan sendiri bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya. Tak kira pangkat, keturunan dan kekayaan, semua pesalah laku adalah berkedudukan sama rata dihadapan hudud, 1 hukuman yang tidak boleh dijual beli untuk melepaskan diri.
"Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian musnah, tidak lain kerana mengenakan hukuman hudud ke atas seseorang miskin dan mengecualikan yang mulia. Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, seandainya Fatimah (anak baginda) melakukan kesalahan sedemikian (mencuri), pasti akan potong tangannya jua."
(HR Bukhari)
Tetapi hudud tidaklah disama ratakan kepada setiap pesalah laku yang mempunyai tahap fizikal yang berbeza-beza. Hukuman yang kejam ini masih lagi boleh bertoleransi seperti mana pada zaman Nabi s.a.w pernah seorang yang kecil lagi lemah melakukan zina. Lalu perkara ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w
"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dia amat lemah untuk menerima hukuman tersebut sehingga jikalau kami menyebatnya sebanyak seratus kali, nescaya kami akan membunuhnya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Ambillah tangkai kurma yang ada seratus ranting padanya dan sebatlah dia dengan sekali sebatan sahaja. Setelah itu bebaskanlah dia."
(Dikeluarkan oleh Ahmad dan dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka atas Musnad Ahmad)
Hukuman yang zalim dan tak berperikemanusiaan ini awal-awal lagi sudah digeruni. Malah ia cukup memberi kesan kepada pesalah laku yang menjalani hukuman ini sehingga 'trauma'. 'Trauma' yang membuatkan pesalah laku mewujudkan tembok pemisah antara dia dengan kesalahan lampau hinggakan tidak memungkinkan dia untuk kembali melakukannya lagi.
Tanyalah barisan pakar perundangan negara kita, berapa ramai penjenayah keluar masuk penjara? Berapa lama tempoh penjenayah yang baru sahaja keluar penjara masuk balik penjara? Berapa juta yang diperuntukkan negara untuk kos penjagaan penjara dan banduan di Malaysia? Tanyalah mereka hukuman apa lagi yang mampu menyelesaikan masalah jenayah di negara kita.
ALANGKAH BAIKNYA...Yang arif memahamkan kepada yang kurang memahami dengan penuh hikmah dan kesabaran. Bertolenrasilah dengan mereka. Jangan begitu cepat menyerang, menghentam dan menghukum seseorang atas perbuatan mereka kerana tindakan kita yang terburu-buru itu hanya akan mebuatkan mereka menutup rapat telinga walaupun diakui ada juga benarnya. Tetapi kerana kita awal-awal lagi sudah menggoyah kredibiliti yang mereka ada, secara spontan mereka akan membela diri sendiri sama ada berada dalam bentuk
Berlindung dengan makin merapatkan telinga dan membutakan hati atau
Membela diri dengan apa saja ada walaupun dengan berkata yang mereka sendiri tahu seperti menegakkan benang yang basah
Jikalau mereka terus ego mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Kita pula perbaikilah cara kita berdakwah. Janganlah kerana baru 1 langkah kita ambil, kita disempitkan dengan merasakan langkah itulah langkah yang pertama dan terakhir untuk berjaya membuat mereka menerima. Lalu apabila tak diterima dan tak tercapai objektif terus kita mati akal dan dengan cepat kita menghukum individu tersebut.
Yang kurang memahami pula lihatlah sesuatu itu dari sudut positif. Tak kiralah sesuatu yang datang itu dalam bentuk buruk, lapangkanlah dada untuk menerimanya. Janganlah terlalu cepat melenting dan menyemarakkan lagi api yang sedia dinyalakan. Bersabarlah, jangan kerana maruah dan status kita yang tak boleh dijentik kita curah pula minyak tanah pada api yang sudah sedia marak.
Walaupun kita sememangnya sudah sedia berpecah-belah dan berbeza perjuangan, tetapi janganlah kita saling bermusuhan. Sebaiknya kita manfaatkanlah perpecahan dan perbezaan itu untuk saling membaiki kelemahan masing-masing, bukan saling menjatuhkan.