tag:blogger.com,1999:blog-2902728828642267242.post7477908214222847091..comments2023-06-04T17:31:02.629+08:00Comments on Bila Qalam Berbicara: Hanya Bersangka Dalam Beramal?Nasa'i Asahttp://www.blogger.com/profile/08149196204000275757noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2902728828642267242.post-79677266439876602712009-12-13T17:48:47.239+08:002009-12-13T17:48:47.239+08:00"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kam..."Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara, dan sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku"

Hadith ini bukan dari riwayat Al-Imam Al-Bukhari tetapi riwayat Al-Imam Malik bin Anas dalam kitabnya Al-Muwaththa'. Hadith ini di dalam Al-Muwaththa' adalah hadith yang mursal tetapi Al-Imam Al-Hakim meriwayatkan secara maushul dalam kitabnya Al-Mustadrak. Syeikh Al-Albani pada banyak tempat dalam kitab2 beliau menyatakan bahawa hadith ini derajatnya hasan.Bukti yang kuat bahawa hadith ini adalah hadith yang dapat dijadikan hujjah adalah kerana Al-Imam Malik tidak sekali-kali meriwayatkan sesuatu hadith kecuali dari perawi yang tsiqat[Rujuk hal ini dalam kitab As-Tsiqat li Ibnu Hibban].Al-Imam Malik bin Anas dalam Al-Muwaththa' menggunakan lafaz "balaghat" ketika meriwayatkan hadith ini, dan Al-Imam Ibnu Abdil Bar telah membahaskan dengan panjang lebar berkenaan lafaz ini dalam kitabnya at-Tamhid syarh kepada Al-Muwaththa' Al-Imam Malik. Selain itu matan hadith ini sepakat kata para muhaddithin merupakan matan yang sahih kerana pengertian kandungan matan ini juga telah pun dijelaskan dalam Kitabullah.

Wallahua'lam.

Sekadar sedikit komentar dari Bertam Jaya.Melaka.Anonymousnoreply@blogger.com