Monday, July 27, 2009

Marilah Semangat! Datang Kepadaku

Alhamdulillah. Selepas melalui masa sukar saya, ada hikmah yang saya belajar disebaliknya iaitu jangan pendam kesedihan, lepaskan je tanpa malu-malu bak kata orang tu nanti jadi air mata darah lak, haha!(jangan malukan diri kamu lagi)

Selepas kembalinya semangat, petang tu pergilah pameran buku kat Shah Alam ni. Memang gembira sangat-sangat. Akhirnya saya jumpa gak kitab yang saya nak kan sangat tu, "al-Israiliyat fi al-Tafsir wa al-Hadith"(sebenarnya saya memang nak kan 1 buku yang menghimpunkan kisah israiliyat ni untuk rujukan. rupanya memang ada bila saya tanya cikgu kesayangan saya tu, haha!). Kali ni bila pergi kompleks sejuk je mata. Alhamdulillah, tiada aksi luar biasa yang kita dah biasa dipertontonkan. Kalau tak, sakit mata tu turun ke hati lak. Yelah, pameran buku la katakan.


Last-last terbeli 2 buku. Yang lagi 1 tu bagus gak, "Fiqh Ikhtilaf". Cakap kat umi nak beli yang 1 tu je. Tapi sebab umi dan ayah pergi honeymoon kat resort mana ntah, umi pun tak marahla, haha!

Teringat lak masa kecik-kecik dulu, senang je kan kita nak terima apa-apa. Itu masa akal belum penuh lagi. "Ah ha, menipu. Masuk api neraka". Lepas tu terus malu, tak buat lagi dah. Kalau tengok couple mouple tengah teraba-raba dalam terang lagi bersuluh, kita cakap kat mak kita itu tak boleh, berdosa! Tengok lak 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' berseronok di pusat hiburan, bercampur laki dan perempuan, lepas tu terkinja-kinja lak, kita kata mereka tak elok sebab pergi tempat macam tu. Tapi bagaimana pula kita bila dah besar dan sempurna akal?

Kebanyakannya berpelajaran, tapi tak berpendidikan. Dah mumayyiz dah pun kalau dah sampai berpelajaan tinggi ni, tapi kenapa tak tahu lagi benar dan salah, baik dan buruk? Maha benarlah firman Allah:
"...mereka lebih suka kebutaan daripada hidayah..."
( terjemahan Al-Fussilat:17)

Sekarang ni ada 1 trend yang cukup famous iaitu 'Trend Mengurangkan Rasa Berdosa' seperti mana yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. 'Trend Tak Rasa Berdosa' tu dah lapuk, cakaplah macam mana pun nanti dijawabnya lebih arif daripada ulama, haih. Saya bawakan 1 analogi yang cukup menarik. Nasyid menjadi platform 'mempromosikan' Islam dengan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun mereka yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap hari ini berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Tuhan meningkat walaupun 'penasyid' wanita sanggup mengheret jubah dan tudung di atas pentas, atau kekacakan lelaki dan kemerduan nyanyian mereka apabila 'tarik' tak pecah menarik minat wanita? Persoalannya yang mana laku? Nasyid atau 'penasyid'?

Itu baru contoh yang 'baik'. Yang merisaukan saya adalah trend ini makin meresap pada pemikiran remaja. 1 contoh saya bawakan. Remaja selalu dikaitkan dengan sosial. Mereka terlalu asyik sehingga lupa atau buat-buat lupa pada batas pergaulan yang sebenar disyariatkan Allah. Sedangkan Allah telah berfirman:
"Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya..."
(terjemahan An-Nur:30)
"Dan katakanlah kepada perempuan beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya..."
(terjemahan An-Nur:31)

Pelihara 'pandangan' telah Allah perintahkan sejak dari dulu dan tak pernah berubah 'konsepnya'. Tak perlulah nak diceritakan di mana mereka pergi atau apa yang mereka buat bersama. Kita cerita tingkah laku mereka sahaja dulu. Jika diberitahu mereka ''Itu salah, itu tak boleh", lalu untuk mempertahankan tindakan mereka itu tak salah, mereka jawab, "Kami tutup aurat, jaga batas-batas kami, tak bersentuhan kulit, kalau bertepuk tampar pun bukannya kena kulit, kalau berkejaran pun kami tahu batasnya". Astaghfirullah! Kalau dah keluar bersama, bolehkah 'menjaga pandangan' sebagaimana Allah perintahkan? Itu belum diceritakan ke mana arah tuju mereka, karoeke box? Panggung? Pusat hiburan?

Teruk! Itulah yang anda nampak pada mereka. Tapi adakah anda fikir bila mana anda buat sama seperti yang mereka lakukan itu tak salah bagi anda hanya kerana anda mengislamisasikan perbuatan mereka itu dengan menutup aurat dan 'menjaga batas-batas' mengikut kefahaman anda?

Tak dinafikan ada antara mereka masih tak peduli walaupun telah diperingatkan. Malah, setelah diperingatkan mereka tetap juga mencari alasan untuk mengurangkan rasa tak berdosa. Mereka membenamkan pula konsep 'adik beradik' di benak fikiran mereka supaya 'terpadamnya' nafsu antara mereka. Jikalau 'adik-adik' nak keluar, mereka merasakan perlunya 'abang'-abang untuk menjaga keselamatan mereka. 'Abang-abang' pula merasakan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan 'adik-adik'. Alasan! Dan ada pula antara mereka yang berlatar-belakangkan agama, malah bermadahkan pula atas nama Tuhan sebaga 'hiasan' diri mereka turut sama 'turun padang'. Kononnya mereka menjadi 'rujukan' yang lain-lain sehinggakan hati mereka sendiri diperdayakan.(sila rujuk post 'Daripada Saya Kepada Saya')

Saya bingung! Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Betulkah mereka bertuhankan Allah iaitu Tuhan Muhammad bin Abdullah, Tuhan Khalifah Ar-Rasyidin, Tuhan 4 imam mazhab yang muktabar? Adakah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada perbuatan seperti itu?

Memang tak dinafikan generasi terpelajar mampu berhujah. Mereka banyak buah fikiran, banyak maklumat, bersemangat untuk turun padang berhadapan masyarakat dengan kempen mereka masing-masing. Mereka juga mampu berbalah dan bersaing idea bagi menghasilkan produktif yang berkualiti dengan cara efisien. Tapi sayang, sampaikan syariat Allah mereka pandai bantah-mambantah berteraskan nafsu, umpama merekalah bijaksana yang pandai melahirkan kepuraan dan mengislamisasikan perintah dan larangan Allah agar diterima pakai oleh mereka, tak ubah seperti orang kafir sebagaimana firman Allah:
"Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan, tetapi orang kafir membantah dengan cara yang batil agar dengan mereka dapat melenyapkan yang hak(kebenaran), dan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan apa yang diperingatkan kepada mereka sebagai olok-olokan".
(terjemahan Al-Kahfi:56)

Na'uzubillah!

Adakah kita termasuk dalam golongan ' mereka' yang mengolok-olokkan perintah Allah? Dan termasukkah kita dalam golongan 'mereka' itu? Bukankah 'mereka' yang dimaksudkan itu adalah orang kafir?

*Itu baru cerita pasal berkawan, kalau couple?

P.S: Penulis 'bergurukan' pengalaman. Penulis tak mahu ada antara pembaca turut mahu 'bergurukan' pengalaman seperti ini. Cukuplah pembaca 'berguru' daripada pengalaman penulis.
.

4 comments:

una husna said...

salam~

gud entri..

aku pon pernah ada pengalaman mcm penulis yang bila fikir balik sangat-sangat lah sia-sia.. syukur tersedar lebih awal.. perasan tak, bila kita nak buat something right on it's track.. mesti banyak tanggapan orang.. contoh: "eley.. bajet alim je budak tu".. takut orang kata kita macam tu,takut kita je yang jadi lain dari yang lain, terus amek keputusan tinggalkan benda baik.. ha~ ni lah, lagi takut pandangan orang dari larangan Allah.. lumrah manusia~

~Islam mulai berkembang dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing pula. maka beruntunglah orang-orang yang asing (HR Muslim) ~

Qalam (pena) said...

wa'alaikum salam una. time ksh.

betulla tu. mase blaja kt mtrix dl aku hanyut disebabkan kegayatan aku bila adanya perempuan di sekeliling aku(yelah, mase skola agame dulu sumenye laki je sampaikan aku anti perempuan). alhamdulillah, aku tgh cube msuk balek track aku sbb aku rase kosong betul mase hanyut dulu. aku rase lbh tenang skrg.

Tendou Sani said...

subhanallah...setiap yg berlaku atas dri kita ad ahikmahnya...smga usaha anda mndpt keberkatan dr Allah...~

Qalam (pena) said...

insyaallah sani. mintakla sani menyayangi rakan2 kita sebagaimana pesan nabi:

Dari Anas, dari Nabi s.a.w bersabda: Tidak sempurnalah iman seorang
daripada kamu semua sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia
menyayangi dirinya sendiri.
( HR Bukhari)

Diperbuktikan syg itu dgn mmbawa mereka mncintai kpd Nabi dan kembali kpd Sunnah y sbnr:

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Dzat Allah yang jiwaku di dlm kekuasaanNya, tidak dianggap berimanlah
seorang di antara kamu semua sehingga aku lbh dcintai olehnya dpd org tuanya dan anaknya.
(HR Bukhari)

 
Minima Glass Blogger Template by Competitions World | Originally Minima Template by Douglas Bowman